BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 2 June 2012

Kemahuan / Keinginan

Hai,,Assalamualaikum~
Sekarang dah pukul 2.15 pagi. Dan aku ta rasa mengantuk langsung. Dan bosan juga,so hilangkan bosan dan nak rasa mengantuk aku cuba nak menaip sesuatu dekat blog ni.
Kali ni cerita daripada pengalaman aku sendiri,dan ta berniat nak mengaitkan sesiapa.
Aku rasa blog ni dah macam diari aku yang umum,yang boleh dibaca oleh semua. HUhu~ :P

Cuti sekolah ni,banyaknya plan nak bercuti kan. Semua plan nak berjalan jauh,nak bercuti dengan family,dengan kawan2 atau ada yang bercuti sorang2?? Ermmm~ ada ke yang pergi bercuti sorang2? Tak tau lar ek.. Hehe.. Dan mungkin ada jek yang duduk dekat rumah,just spend time depan tv,makan then tidur. Best jugak tu.. :P

Ada juga yang plan bercuti ke oversea! Wahh~ seronoknye.. :D Bila tengok semua sibuk2 update status then upload gambar,pergi bercuti.. Sangat2 seronokkan! :) Honestly,aku cemburu sangat dengan dorang yang dapat pergi bercuti ke oversea dengan family. Hehe~ Tapi ta bermaksud aku iri hati,cuma cemburu sebab,aku pun teringin sangat bercuti jauh2,then naik flight..Hehehe~ You know,macam korang dapat bercuti jauh2 tu kira bertuah sangat. :)

 Kadang2 aku rasa macam sedikit kecil,bila lepak dengan kawan2,then dorang cerita pergi bercuti ke oversea, 'pergi tempat ni cantik,tempat ni best,barang murah2,malaysia ta ada mcm ni...' Sangat2 rasa rendah sangat.. Sebab dorang cerita semua aku ta dapat rasa,aku ta dapat nak nikmati semua tu. Lagi satu,bila dorang dah cerita2,then dorang suggest "kau try r pergi sana,,mesti bestttt~" aku pula,kena buat sikit fake smile dan jawab "insyallah kalau ada rezeki lebih :)" .

Dekat situ aku rasa sikit kecewa,sebab bilanya aku akan pergi tempat2 tu semua. Sedangkan yang dalam malaysia ni pun banyak tempat aku ta pergi lagi.. Huhuhu~ Benda ni semua bukan aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku bersyukur sangat,sebab mungkin ada lagi orang2 yang susah dekat luar sana,yang kita tak tau. Aku bersyukur,walaupun aku ni bukan dari keluarga yang senang,tapi aku tetap ada keluarga yang bahagia! Itu sangat penting bagi aku!

Cuma aku sedikit terasa,you know,,macam kita ni,,kadang2 nak juga apa yang orang lain dapat. Macam aku,,aku nak juga rasa dapat holiday jauh2,even benda tu tak tau lagi bila aku dapat pergi holiday jauh2. Kadang2 bila aku fikir balik,Allah akan memberi kita rezeki bila2 masa,apabila kita memintanya dengan ikhlas dan Allah juga boleh tarik rezeki kita tu dengan mudah. Mungkin sekarang ni BELUM ada rezeki tu nak bercuti dengan family,insyallah satu hari nanti. Kita ta boleh nak jangka. Itu daripada sudut positif yang aku ambil. Tapi,,kita ni manusia biasa,,perasaan yang ta elok tu mesti ada. Tak boleh nak nafikan. 

Aku ni pula,sejak dari sekolah rendah,dikelilingi dengan kawan2 yang agak berada la. Yang family dorang suka holiday bila cuti sekolah macam ni. Bila naik sekolah jek,semua sibuk2 bercerita.. 
"Aku pergi Sarawak,best giler naik flight. Dekat Sarawak pun best "
"Yeke,,aku pulak pergi dekat2 jek,pergi KL..Dapat naik KLCC..Tinggiii~"
"Best la korang,,aku tak pergi jauh,bapak aku bawak pergi pulau jek.hehe~"
Sampai part aku,, "Aku duduk rumah,,pas tu pergi mall jek.. Bapak aku ta bawa jalan jauh2"
Hehehe~ Ok,,aku dah biasa situasi mcm ni.. :P

Hehehe~ Kadang2 aku rasa macam,,UNTUNG SANGAT dorang ni.. BERTUAH SANGAT dorang ni.. :)
Cemburu kan,dengan kelebihan orang lain. Tapi itu semua ta elok juga sebenarnya. Memang perasaan macam tu ta dapat nak elak,tapi kita kena terima hakikat. Kita redha dengan apa yang tuhan dah beri dekat kita,bersyukur dengan kelebihan yang sedia ada. Insyallah,rezeki tu akan ada,dan kita akan dapat merasa nikmatnya. Mungkin bukan dekat dunia,dekat akhirat nanti.. Insyallah,, Aminnn~ :)
Anyway,kepada korang semua selamat bercuti,and enjoy your holiday ok! :D









p/s : Insyallah,,kalau aku ada rezeki,aku nak bawak parents aku pergi holiday dekat umrah..harap2 Ya Allah! Aminn~ :')

Monday 7 May 2012

ALWAYS HAPPEN !

ASSLAMMUALAIKUM~

Firstly,sorry dengan post yg sebelum ni,aku delete balik.Sebab aku lupa na publish.
Hehe~ Aku tengok blog ni mcm da pelik pulak,sampai ta reti na publish cerita. Penat aku taip panjang2.. HUKHUK :p

OK! mungkin ada yang da baca kot story aku yang aku delete tu. Tapi skrg ni aku na buat cerita tu balik and ada sikit tambahan. About my bf and EX my bf.. First story that make me stuck. Actually it's not really big prob for me,but it's make me feel messy and horrible mood when i hang out with my bf.You know,EXGIRL for my bf actually knew that her EXBF already had a GIRLFRIEND.But why she still bother,still wanna call,miscall and so on and at the same time,its happen while i with my bf.

RIMAS! Itu yang aku rasa..Sangat rimas,,bukan aku ta bagi bf aku tu contact EX dia,tapi aku rasa EX dia ni ta faham2 kot,ke gedik sangat nak call2 bf aku..Dan benda ni jadi time MALAM MINGGU... Ok! Actually aku memang rajin spend time dgn bf aku time mlm minggu,boleh dikatakan setiap malam minggu mesti aku lepak dgn bf aku,dgn member2 yang lain,itu pun kalau bf aku ta kena kerja dekat luar...Dan setiap mlm minggu juga,mood aku mesti spoil bila EX dia sibuk call2. Korang rasakan la bila tengah happy2 dgn bf korang tiba2 EX dia call2.. WTF! such an idiot moment u know! DAMN! Kadang2 aku na buat biasa je,buat tak tahu..Tapi aku perempuan yang tak pandai kawal emosi.THAT'S THE FACT! Aku akan mula gaduh sekejap dgn bf aku hanya sebab EX dia! AWESOME RITE! =,=

Nasib la aku ni kalau gaduh dgn bf aku tak pernah lagi berlanjutan.Gaduh-gaduh lepas 15 minit baik semula.Itu nasib baik je,kalau ta nasib baik memang lain la jadinye kan..Aku dgn bf aku pun kalau ada masalah cepat2 selesaikan. OK,back to our story tadi.,aku pernah juga lar slow talk dgn EX dia tu,ckp baik2 punya.tapi EX dia pula SENTAP SANGAT nak sound aku tiba2 mcm ta puas hati.Siap nak ckp dia da lama kenal dgn bf aku,.Aku ta tanya pun pasal dia dgn bf aku,aku pun ta berminat nak tau hal dia dulu dgn bf aku.Yang satu cerita,bila si EX ni boleh pula mention pasal masalah aku dgn bf aku.And the best part is,,bila semua masalah aku dgn bf aku dia tau..WOww HEBAT BUKAN! Ini yg buat aku angin dgn bf aku.Apasal masalah aku dgn dia nak cerita dekat EX dia.Ini aku geram,rasa nak pijak bf aku tu tak sampai kaki pulak.haishh~ tapi aku malas na gaduh punya pasal dgn so aku diam je,ta mention pun benda ni dgn bf aku.

Last-last lepas da talk2 dekat phone dgn EX bf aku,dia pun ngaku dia salah dan silapnye,aku pun malas na gaduh buat la baikkan.. And lepas tu,dia kurang da contact bf aku.Selepas beberapa minggu,dia bangkit balik..HOHO~ suka sangat! Untuk kurangkan sakit hati aku ni,aku terpaksa "watlex,watcool,wat muka comel" SBR! SBR! SBR! dan SBR! tu je la yg aku mampu.. Kadang2 aku da ta boleh nak kawal emosi,aku memang buat perangai.Saja la na minta perhatian bf aku kan.. ahakss~ :P

AKu tak tau bila akan berakhir semua ni,,TAPI,,semua masalah ni tak akan goyangkan hubungan aku dengan bf aku. Aku tetap jaga hubungan aku dgn bf aku selama mana yg aku mampu. Dan sekarang aku still bahagia dgn bf aku.THATS MORE IMPORTANT! Dan bf aku pun cakap dia ta ada contact2 EX dia tu,cuma EX dia yang call2 dia,,so ok..I trust my bf but not really actually..Tapi selagi dia boleh jujur dgn aku,aku akan cuba percayakan dia. Kata org dalam perhubungan harus ada kepercayaan dan kejujuran kan,,so aku akan wujud kan 2 benda tu. FOR SURE! :)

Buat masa sekarang ni aku still heppy2 dgn bf aku,dan kawan2 aku pun banyak mengingatkan aku tentang hubungan ktorang,dorang pun banyak bg sokongan and advice.Sangat2 appreciate! Masalah EX dia ni,aku rasa malas na fikir sangat,dah banyak sangat drama aku buat dgn bf aku time ktorang lepak.Dengan handset jatuh sebab berebut,pastu taching lari tempat lain,ishh~ banyak la drama..Tapi alhamdulilah ktorang ok balik.Dan aku harap  semuanya akan terus ok. INSYALLAH! ~


Wednesday 11 April 2012

masalah lagiii~

ASSALAMMUALAIKUM~
Kepada pembaca blog aku ni,aku nak ucapkan terima kasih la sebab sudi nak baca cerita karut marut aku ni. HEHE~ Actually blog aku buat ni macam luahan segala masalah aku,cerita2 yang aku alami,sejarah dalam hidup dan macam2 lagi.Aku akan cerita dalam ni. Tak semua lar aku cerita,sometimes ada masalah yang kita tak boleh nak share dengan orang kan.Tapi..,,tu lar. Memang aku jenis suka bercerita, nak wat cenggane ! :P

Back to our bisnes,,MASALAH! PROBLEM! Merata-rata disekitar hidup aku ni.Ta lepas daripada masalah,itu adalah kenyataan. Bukan aku na merungut atau mengeluh dengan ujian yang Allah beri,tapi aku rasa masalah ni macam cabaran dalam hidup kita. Cabaran yang semakin lama,semakin buatkan kita matang . Tapi aku suka kan adventure. Memang aku sangat lemah semangat,tapi aku sangat kuat untuk hadapi semua masalah yang datang. *hakikatnye akan menangis jika keseorangan :P

Masalah yang orang selalu hadapi adalah MASALAH DUIT ! Wang ,, Duit.. Maksud yang sama,benda yang sama,ejaan je lain.. weee~ X_x
Ok! memang semua orang dalam dunia ni,sangat2 memerlukan duit. Sampai rasa duit tu kepentingan dalam hidup,ta ada duit tak boleh hidup . Betul ke? Sounds like,kita ni jadi hamba duit,mangsa duit.. You know,duit boleh beli everything,even things,food,clothes,and sometimes we can buy human. Manusia pun boleh dibeli,kira macam pemerdagangan orang,eksploitasi wanita,kanak2 dan lain2. Maksud toilet pun bayar beb ! Apa seyhh~ huhuhu
Thats why,kebanyakkan orang yang berpendapatan rendah sentiasa mengalami kehidupan yang rumit.Dan kadang2 orang jadi gila sebab tak ada duit,orang jadi kejam sebab nak dapatkan duit. Disebabkan duit jugak orang ta fikir pasal masalah yang datang. Even aku sendiri,duit sentiasa lari.Aku ta tau la sama ada duit tu tak suka dengan aku ke,duit tu benci ke,,tapi tak patut la kan. Sebab perbelanjaan aku setiap hari memang ta mencukupi.Padahal aku ta ada tanggung sape2,aku ta ada na bayar hutang. Tapi duit tu susah nak cukup dengan aku. Itu masalah ORANG BOROS! OK! Aku sedar~ =,=
So berpada-pada lar ye kita dengan DUIT. Masalah mudah timbul dengan duit walaupun setakat 20 sen. Dan berjimat-jimat lar... *mengingatkan diri sendiri hee~

Masalah kedua ada PERHUBUNGAN SESAMA MANUSIA. Bermaksud,gaduh,bermasam muka,tak bertegur,marah dan perasaan2 seumpamanye terhadap kawan2,keluarga,boyfriend/girlfriend atau orang sekeliling. Manusia,,mudah ada sikap negatif. Perkara tu normal sebab manusia bermacam2 perasaan.Kadang2 terlanggar bahu sikit pun boleh buat gaduh,gurau secara halus pun boleh buat gaduh,bercakap demi nasihat pun boleh ada yang salah faham..Benda tu semua hasutan negatif terhadap apa yang orang bicarakan dengan kita.Bagi aku,masalah yang serius bila aku ada masalah dengan kawan2 aku.Masalah tu memang aku pandang serius sangat2 tapi dalam masa yang sama aku ta tau na setelkan macam mana.Sampai kadang2 aku tension sendiri kalau dapat kawan yang ta reti nak memahami.Lagi masalah dengan famly atau parents.Itu masalah lagi complicated sesangat.Kita tak boleh lepas dari semua tu kan.Pasti ada je benda yang akan jadi.

Friday 6 April 2012

BIRTHDAY GIRL terkena!



Assalammualaikum~
salam sejahtera dan salam 1 Malaysia !
:)
Macam da lama sangat aku ta update cerita dekat blog ni.
Lately sangat2 busy dengan kerja,kawan-kawan,boyfriend and so on la.
Dan banyak cerita telah terkumpul sepanjang aku ta ada update cerita dekat blog.
Banyak sangat sampai aku ta tau na cerita yang mana satu dulu.Hehe~

Bulan MARCH! bulan yang penuh cabaran bagi aku. Dengan macam2 masalah yang datang,dengan kejutan dan lain2 lar. :P
16 MARCH birthday aku kan. Hari yang aku nanti2. Ternyata hari yang sangat memberi kesan dalam diri aku.
 Ok! Aku rasa tahun ni,birthday aku yang paling aku ingat sampai bila2. HEHE~ Seriously..banyak sangat kejutan dan banyak sangat sakit hati yang aku rasa. Boyfie aku sangat bijak untuk mengatur strategi mengenakan aku. HAHA! 





muka excited depan cake ! *gambar hiasan


First strategi dia,dia tipu aku yang dia katakan dia kena bekerja di SELANGOR selama seminggu. Dari 12 MARCH sampai 18 MARCH. Aku mula2 macam nak merajuk lar,sebab aku mengharap sangat dia ada time birthday aku. Sebab dia orang yg penting dlm hidup aku. Tapi aku tahan,sb aku fikir dia kena kerjakan,so...its ok la kan,,nak buat mcm mana.

12 MARCH (ISNIN)  hari yg sgt mencurigakan aku. Dia sangat2 lain,ta call aku mcm selalu,mesej aku pun jarang. Then aku geram,mlmnye aku call dia. Aku dpt tau dia pergi karaoke dgn kawan2 dia dan tak bagitau aku. Aku tunggu dia mesej mcm org bodoh,dia seronok2 pergi karaoke tak bagitau. Aku sangat2 marah sampai terpaksa membabitkan kawan dia si EJON. Sorry Ejon! HEE~  Aku sangat marah,call pulak ta dapat masa tu. Nak menangis aku,aku da fikir bukan2. Malam sikit baru dia call aku. Lega sikit,tapi saki baki marah tu still ada lagi. Tapi dia berjaya memujuk aku. Huhu~ 

Second day,13 MARCH (SELASA). Terbongkar segala rahsia. HAHA!  Yang ni sangat2 buat aku marah dan dalam masa yang sama sangat kelakar. HEHE~  What so suprise aku terjumpa dia di restoran MEGA SEAFOOD area Bukit Pasir tanpa sengaja. Mula2,bapa ku ajak pergi makan satay dekat kedai pkcik,tapi kedainye tutup. Dan bapa ku pun ajak pergi restoran mega tu. Actually,bapa ku suka makan dekat restoran tu,dan restoran tu dekat2 juga dgn rumah boyfie ku. Ktorang pun pernah makan dekat situ sama2. Nak pendekkan cerita,aku ternampak dari jauh kereta ALZA JNL 39** ! (sebenarnya dia ta pergi kerja dekat selangor pun)  Dan..,fuhh~ aku turun dari kereta,bapa ku parking kereta betul2 sebelah kereta dia. Aku pergi tempat dia,,dan~ SUPRISE! Dia terkejut sangat2 dan boleh cakap 'alamak terkantoi pulak!' 
Aku dah nak ketawa masa tu,tapi control sb nak marah dia,sampai hati tipu aku. Nasib baik masa dia pergi makan tu dengan family dia,aku pula dgn bapa ku dan mama ku. Mama ku kenal sgt dgn boyfie aku ni. Then boyfie aku salam parents aku,aku pun salam parents and adik2 dia. Parents aku pun jumpa parents si boyfie aku ni. Ok! part ni aku suka,kira parents ktorang da kenal,walaupun ta kenal sangat. Hehehe~ Si boyfie aku ni pulak,da tau aku marah,dia belanja parents aku mkn sekali. Kira dia bayar 2 table. Mama ku pun senyum je,ta ckp apa. Hehe~ tengah aku marah2 tu,tiba2 aku rasa hilang rindu pulak. Hehe~ Tapi still merajuk beb! HAHA! :p

Esoknya ktorang lepak mcm biasa.. Walaupun aku masih mcm nak marah,tapi tak pe lar,ada sebab kenapa dia na tipu aku. Kira dia nak buat suprise untuk aku tapi tak menjadi kan.. Its ok syg!  I STILL LOVE YOU!  hee~
Malam birthday aku,ktorang pergi tengok wayang. Tepat pukul 12 dia nyanyikan lagu birthday utk aku masa dalam kereta. HAHA! malu sangat dan sgt2 terharu seyh.. hee~




suka sangat CUPCAKES ! ! *gambar hiasan


16 MARCH (JUMAAT) time birthday aku. Ktorang just pergi karaoke. Aku rasa mcm ta ada apa2,ta ada kek,ta ada present. Aku mengharap boyfie aku belikan aku kek. Lepas habis karaoke,dorang semua nak balik. Ok la,boyfie aku hantar aku balik. Dalam kereta aku senyap jek,sb terkilan sikit,birthday aku mcm nothing. Boyfie aku pulak sibuk main mesej. Lagi la aku marah. Boyfie aku perasan yg aku mcm merajuk.
 Then dia tanya "kenapa sayang?"  aku pun jwb  "tak ada pape". Dia tau aku tengah merajuk. Sampai depan rumah aku,dia still ta berganjak sampai aku depan pintu nak masuk,member2 aku semua terkejut kan aku.. SUPRISE! Ahhh siooootttt~ Boyfie aku kena kan aku. Aku terduduk depan pintu,nak marah,nak jerit,nak menangis semua ada. HAHAHA!  Aku tak dpt gambarkan perasaan aku masa tu. Diorang memang jahat,terutama sekali boyfie aku. Rupanye dorang da awal2 plan utk birthday aku. Sampai mama aku pun terbabit. HEHE!  Tapi aku sangat2 hargai kawan2 aku.
SAYANG KORANG SGT! THANKS GUYS! :)




muka dia sama dengan muka aku masa kena suprise .. hee~ *gambar hiasan



FOR MY DEAR,SERIOUSLY..URE SO BAD.REALLY2 BAD! BUT I STILL LOVE YOU ! THANKS FOR EVERYTHING DEAR! :) <3 <3 <3















p/s : im waiting for 17 april . . . :)

Saturday 28 January 2012

JUST NEW STORY 2012













Assalammualaikumm~~~

Da lama sangat aku ta update blog aku ni kan. .Agak-agak da terlambat ke aku na wish heppy new year..Belum kot,sebab masih bulan januari ni. .OK! HEPPY NEW YEAR everyone and HEPPY CHINESE NEW YEAR . .
*apa lar excited aku ni..da lar lambat =='

From the first story,,aku rasa aku da jatuh cinta buat tahun baru 2012 ni..HAHA! *terlalu stretfoward sgt,sb aku excited na cerita.hehe~ Ok! aku admit lar,aku da jatuh cinta dengan someone..Actually,aku da lama kenal dia,you know,masa mula2 kenal ta expect pun na ada perasaan atau suka atau sewaktu dengannya.. Dan jumpa pun sekali,lepas tu tak jumpa lagi da,kitaorg just chit chat dekat facebook and tak ada tukar2 no phone pun. Dan pada 1 JANUARI 2012, ,so suprise bila aku lepak dengan dia,for THE FIRST TIME! can you imagine,,first meet,first chat,my heart like wanna crack..HAHA! sounds funny right~ tapi mungkin sesetengah korang percaya,CINTA PANDANG PERTAMA! :D

Seriously,,dia ta macam yang aku expect juga,,aku ingat dia jenis yang poyo,berlagak,casual,macam ta sekepala dengan aku or boring,,tapi lain pula menyimpang. He so crazy,,very-very crazy..he like to make me laugh non-stop.. Aku rasa memang gelak je r kalau lepak dengan dia.. Itu antara salah satu sebab aku suka dia,dan dia sangat penyayang dan caring *ayat klise sikit. .HIKHIK :P

20 JANUARY 2012,that date kitaorang declare..ok,,aku tau its to early right,walaupun aku da lama kenal dia,jarang jumpa sebelum ni,tapi entah kenapa,aku percaya dia dan aku yakin sangat yang dia boleh jaga aku. *poyo lar kau ni -___-' HAHA! Aku ta tau apa yang aku rasa terhadap dia ni.. PELIK DOH! Hehe~

Senang cerita,,permulaan tahun 2012 membawa sinar dan harapan dalam hidup aku.. *puihhhh r~ :p 
Haha! ok serius ni,,memang ada hikmah daripada tahun 2011,dugaan yang sangat2 buat aku patah hati dan sedih.Dan sekarang aku da nampak hikmah dari dugaan yang Allah beri pada aku. :) 


First time tengok wayang bersama..hikhik 

Ok! agak gedik kan.. *motif =='

what can i say,,we allergic with camera shoot.. :p

THE BEST DAY EVER! we're going to swimming pool..very awesome..like babe..

ehemmm~ na cakap ni 
'SAYA SAYANG AWK' hikhik

saja na selit kan gambar aku ni..model swimming pool..puiihh~ :P



*walau apa pun terjadi,mulai sekarang aku na sangat jaga perhubungan ni.kalau betul jodoh aku dengan dia,aku akan cuba buat yang terbaik :)