BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 2 June 2012

Kemahuan / Keinginan

Hai,,Assalamualaikum~
Sekarang dah pukul 2.15 pagi. Dan aku ta rasa mengantuk langsung. Dan bosan juga,so hilangkan bosan dan nak rasa mengantuk aku cuba nak menaip sesuatu dekat blog ni.
Kali ni cerita daripada pengalaman aku sendiri,dan ta berniat nak mengaitkan sesiapa.
Aku rasa blog ni dah macam diari aku yang umum,yang boleh dibaca oleh semua. HUhu~ :P

Cuti sekolah ni,banyaknya plan nak bercuti kan. Semua plan nak berjalan jauh,nak bercuti dengan family,dengan kawan2 atau ada yang bercuti sorang2?? Ermmm~ ada ke yang pergi bercuti sorang2? Tak tau lar ek.. Hehe.. Dan mungkin ada jek yang duduk dekat rumah,just spend time depan tv,makan then tidur. Best jugak tu.. :P

Ada juga yang plan bercuti ke oversea! Wahh~ seronoknye.. :D Bila tengok semua sibuk2 update status then upload gambar,pergi bercuti.. Sangat2 seronokkan! :) Honestly,aku cemburu sangat dengan dorang yang dapat pergi bercuti ke oversea dengan family. Hehe~ Tapi ta bermaksud aku iri hati,cuma cemburu sebab,aku pun teringin sangat bercuti jauh2,then naik flight..Hehehe~ You know,macam korang dapat bercuti jauh2 tu kira bertuah sangat. :)

 Kadang2 aku rasa macam sedikit kecil,bila lepak dengan kawan2,then dorang cerita pergi bercuti ke oversea, 'pergi tempat ni cantik,tempat ni best,barang murah2,malaysia ta ada mcm ni...' Sangat2 rasa rendah sangat.. Sebab dorang cerita semua aku ta dapat rasa,aku ta dapat nak nikmati semua tu. Lagi satu,bila dorang dah cerita2,then dorang suggest "kau try r pergi sana,,mesti bestttt~" aku pula,kena buat sikit fake smile dan jawab "insyallah kalau ada rezeki lebih :)" .

Dekat situ aku rasa sikit kecewa,sebab bilanya aku akan pergi tempat2 tu semua. Sedangkan yang dalam malaysia ni pun banyak tempat aku ta pergi lagi.. Huhuhu~ Benda ni semua bukan aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku bersyukur sangat,sebab mungkin ada lagi orang2 yang susah dekat luar sana,yang kita tak tau. Aku bersyukur,walaupun aku ni bukan dari keluarga yang senang,tapi aku tetap ada keluarga yang bahagia! Itu sangat penting bagi aku!

Cuma aku sedikit terasa,you know,,macam kita ni,,kadang2 nak juga apa yang orang lain dapat. Macam aku,,aku nak juga rasa dapat holiday jauh2,even benda tu tak tau lagi bila aku dapat pergi holiday jauh2. Kadang2 bila aku fikir balik,Allah akan memberi kita rezeki bila2 masa,apabila kita memintanya dengan ikhlas dan Allah juga boleh tarik rezeki kita tu dengan mudah. Mungkin sekarang ni BELUM ada rezeki tu nak bercuti dengan family,insyallah satu hari nanti. Kita ta boleh nak jangka. Itu daripada sudut positif yang aku ambil. Tapi,,kita ni manusia biasa,,perasaan yang ta elok tu mesti ada. Tak boleh nak nafikan. 

Aku ni pula,sejak dari sekolah rendah,dikelilingi dengan kawan2 yang agak berada la. Yang family dorang suka holiday bila cuti sekolah macam ni. Bila naik sekolah jek,semua sibuk2 bercerita.. 
"Aku pergi Sarawak,best giler naik flight. Dekat Sarawak pun best "
"Yeke,,aku pulak pergi dekat2 jek,pergi KL..Dapat naik KLCC..Tinggiii~"
"Best la korang,,aku tak pergi jauh,bapak aku bawak pergi pulau jek.hehe~"
Sampai part aku,, "Aku duduk rumah,,pas tu pergi mall jek.. Bapak aku ta bawa jalan jauh2"
Hehehe~ Ok,,aku dah biasa situasi mcm ni.. :P

Hehehe~ Kadang2 aku rasa macam,,UNTUNG SANGAT dorang ni.. BERTUAH SANGAT dorang ni.. :)
Cemburu kan,dengan kelebihan orang lain. Tapi itu semua ta elok juga sebenarnya. Memang perasaan macam tu ta dapat nak elak,tapi kita kena terima hakikat. Kita redha dengan apa yang tuhan dah beri dekat kita,bersyukur dengan kelebihan yang sedia ada. Insyallah,rezeki tu akan ada,dan kita akan dapat merasa nikmatnya. Mungkin bukan dekat dunia,dekat akhirat nanti.. Insyallah,, Aminnn~ :)
Anyway,kepada korang semua selamat bercuti,and enjoy your holiday ok! :D









p/s : Insyallah,,kalau aku ada rezeki,aku nak bawak parents aku pergi holiday dekat umrah..harap2 Ya Allah! Aminn~ :')

No comments:

Post a Comment